Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurusan dan pentadbiran
Unit HEM dipertingkatkan dengan mewujudkan satu lagi unit iaitu Unit
Pengambilan Murid selain daripada Unit Disiplin, Unit Pengurusan, Unit Data
& Maklumat Murid, Unit Asrama dan Unit Kaunseling. Mulai tahun 2012, Bahagian Pendidikan Teknik
& Vokasional telah menyerahkan segala urusan pemgambilan murid adalah di
bawah tanggungjawab sekolah sepenuhnya. Sehubungan itu Unit Pengambilan
Murid telah dipertanggungjawbkan untuk
melaksanakan tugas tersebut. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada unit ini
kerana berjaya membuat pengambilan murid melebihi sasaran enromen dengan
pencapaian sebanyak 117%.
Setinggi terima kasih kepada
Guru-guru Disiplin dan Lembaga Pengawas Sekolah kerana membantu Unit Disiplin
dalam merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan tahap disiplin dan
sahsiah pelajar termasuklah menganjurkan program berbentuk perayaan seperti
Sambutan Hari Guru, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lainnya. Terima kasih juga kepada semua guru-guru di
bawah Unit Pengurusan seperti Unit SPBT, Kantin, Biasiswa, Insurans dan
Kebajikan kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna demi kebaikan
murid-murid semua.
Terima kasih kepada pihak
pengurusan asrama kerana sentiasa berusaha membantu pihak sekolah menyediakan
kemudahan asrama dengan persekitaran yang baik kepada murid-murid. Jutaan
terima kasih kepada semua warden asrama kerana bekerja keras dalam menjaga dan
mengawal murid-murid di asrama. Usaha-usaha gigih ini ternyata berbaloi apabila
asrama SMVSR telah dianugerahkan Asrama Gemilang 4 Bintang oleh BPTV tahun
lepas dalam Program Pertandingan Asrama
Gemilang anjurannya. Tahniah dan syabas
diucapkan. Tahun ini program ini akan diteruskan lagi.
Semoga kejayaan ini diteruskan untuk tahun ini dan tahun mendatang. Unit Asrama juga telah merancang dan
mengaturkan pelbagai program seperti gotong royong berjadual, pemeriksaan dorm
setiap minggu, pertandingan kebesihan dorm, Program Pengurusan Diri di Asrama
dan lainnya. Unit Asrama juga menganjurkan Majlis Makan Beradap setiap bulan,
aktiviti-aktiviti kerohanian di surau setiap minggu dan aktivti-aktiviti
berbentuk sukan. Melalui
aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu untuk membentuk murid supaya
menjadi modal insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.
Jutaan terima kasih kepada Unit Kaunseling kerana
peranannya dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab membimbing dan menyuntik
semangat untuk belajar dan menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna di
asrama. Unit ini juga mengaturkan pelbagai program berbentuk motivasi dan
bimbingan kerjaya. Bukan sekadar itu
sahaja, unit ini memainkan peranan yang cukup besar dalam pengambilan pelajar
setiap tahun. Ia bermula dengan program ’outreach’, pendaftaran murid baru dan
seterusnya merancang dan mengendalikan Minggu Haluan Murid bersama-sama
guru-guru lain.
Akhir sekali, jutaan terima
kasih kepada Pengetua Cemerlang SM Vokasional Slim River kerana sentiasa
memberi idea dan cadangan-cadangan serta menyokong semua program-program yang
dilaksanakan demi untuk kebaikan dan kebajikan para pelajar dan sekolah.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment