Semarakan Kemerdekaan

Semarakan Kemerdekaan
Semarakan Bulan Kemerdekaan Kibarkan Jalur Gemilang

Wednesday 25 September 2013

International Exposition of Research and Innovation in Education 2013 (Edu-InERI2013)

International Exposition of Research and Innovation in Education 2013 (Edu-InERI2013) telah diadakan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City, Tanjung Malim, Perak, pada 20-22 September 2013. Ia merupakan ekspo dan pameran yang mengetengahkan produk-produk berkaitan pendidikan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dan pelajar IPTA/IPTS, institut kemahiran, institusi pendidikan lain seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Politeknik, Kolej Vokasional, sekolah-sekolah rendah dan menengah, dari dalam dan luar negara, dengan 256 penyertaan termasuk Brunei, Indonesia dan Republik Kazakhstan.
MTE, ITEX, PECIPTA merupakan ekspo yang bertaraf antarabangsa, dianjurkan oleh pihak swasta dan KPT. Manakala i-INNOVA merupakan ekspo yang turut diadakan setiap tahun tetapi dianjurkan oleh IPTA (USIM) dan ianya bertaraf kebangsaan. MTE, ITEX, PECIPTA mengetengahkan produk-produk penyelidikan dan inovasi dalam semua kategori, manakala i-INNOVA lebih menfokuskan kepada produk inovasi berteraskan Islam. Oleh yang demikian Edu-NERI 2013 diperkenalkan bagi memberi ruang khusus agar penyelidikan, inovasi dan produk berkaitan pendidikan dan dipamerkan dan dikomersilkan.
Edu-InERI 2013 UPSI merupakan satu-satunya ekspo seumpamanya yang dianjurkan di Malaysia setiap dua tahun sekali oleh UPSI. UPSI merupakan institusi pendidikan ulung, mewarisi kegemilangan sejarah SITC seharusnya mengambil peluang dan berada dihadapan di dalam hal-hal berkaitan pendidikan khususnya penganjuran ekspo dan pameran produk dan penyelidikan berkaitan pendidikan.
Terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan dalam Edu-InERI 2013 iaitu berasaskan pendidikan (educational) dan bukan pendidikan (non-educational).
Wakil Kolej Vokasional Slim River, En. Iskandar Zulkarnain Bin Taharin, telah mendapat pingat perak dalam ekspo tersebut dengan tajuk kajian “PZ (Pressure Zeroes) Enhancer : Engine Crankcase Ventilation Solution Product”. Beliau bukan sahaja mewakili UTHM sebagai peserta pelajar IPTA/IPTS, namun beliau bersama rakan-rakan sekuliah Program Pensiswazahan Guru (Automotif), yang juga terdiri daripada tenaga pengajar di Kolej Vokasional yang lain, telah memberi perspektif baru dalam memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional. Untuk makluman, beliau dan rakan-rakannya akan mewakili Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menghadapi cabaran di ekspo inovasi anjuran Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Tun Hussien Onn, Johor pada November 2013 nanti.
                                                                      Silver Medal

Penyelidik

  Sesi Penerangan Dan Penghakiman

Produk PZ ENHANCER

Bersama Rakan Guru Dan Pensyarah




No comments:

Post a Comment