Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengurusan dan pentadbiran Unit HEM dipertingkatkan dengan mewujudkan satu lagi unit iaitu Unit Pengambilan Murid selain daripada Unit Disiplin, Unit Pengurusan, Unit Data & Maklumat Murid, Unit Asrama dan Unit Kaunseling. Mulai tahun 2012, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional telah menyerahkan segala urusan pemgambilan murid adalah di bawah tanggungjawab sekolah sepenuhnya. Sehubungan itu Unit Pengambilan Murid telah dipertanggungjawbkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada unit ini kerana berjaya membuat pengambilan murid melebihi sasaran enromen dengan pencapaian sebanyak 117%.
Setinggi terima kasih kepada Guru-guru Disiplin dan Lembaga Pengawas Sekolah kerana membantu Unit Disiplin dalam merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah pelajar termasuklah menganjurkan program berbentuk perayaan seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lainnya. Terima kasih juga kepada semua guru-guru di bawah Unit Pengurusan seperti Unit SPBT, Kantin, Biasiswa, Insurans dan Kebajikan kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna demi kebaikan murid-murid semua.
Terima kasih kepada pihak pengurusan asrama kerana sentiasa berusaha membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan asrama dengan persekitaran yang baik kepada murid-murid. Jutaan terima kasih kepada semua warden asrama kerana bekerja keras dalam menjaga dan mengawal murid-murid di asrama. Usaha-usaha gigih ini ternyata berbaloi apabila asrama SMVSR telah dianugerahkan Asrama Gemilang 4 Bintang oleh BPTV tahun lepas dalam Program Pertandingan Asrama Gemilang anjurannya. Tahniah dan syabas diucapkan. Tahun ini program ini akan diteruskan lagi. Semoga kejayaan ini diteruskan untuk tahun ini dan tahun mendatang. Unit Asrama juga telah merancang dan mengaturkan pelbagai program seperti gotong royong berjadual, pemeriksaan dorm setiap minggu, pertandingan kebesihan dorm, Program Pengurusan Diri di Asrama dan lainnya. Unit Asrama juga menganjurkan Majlis Makan Beradap setiap bulan, aktiviti-aktiviti kerohanian di surau setiap minggu dan aktivti-aktiviti berbentuk sukan. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu untuk membentuk murid supaya menjadi modal insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.
Jutaan terima kasih kepada Unit Kaunseling kerana peranannya dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab membimbing dan menyuntik semangat untuk belajar dan menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna di asrama. Unit ini juga mengaturkan pelbagai program berbentuk motivasi dan bimbingan kerjaya. Bukan sekadar itu sahaja, unit ini memainkan peranan yang cukup besar dalam pengambilan pelajar setiap tahun. Ia bermula dengan program ’outreach’, pendaftaran murid baru dan seterusnya merancang dan mengendalikan Minggu Haluan Murid bersama-sama guru-guru lain.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SM Vokasional Slim River kerana sentiasa memberi idea dan cadangan-cadangan serta menyokong semua program-program yang dilaksanakan demi untuk kebaikan dan kebajikan para pelajar dan sekolah.
Kepada guru HEM. Saya Jamaatunaliah bt Mat Ludin ibu kepada Muhammad Azim Azwan dari 4 JER yang telah dibuang asrama di sini ingin memberitahu cikgu bahawa anak saya tidak dapat meneruskan persekolahannya di sini kerana suami saya tidak mampu untuk membiayai kos dia tinggal di rumah sewa. Lagipun saya tidak benarkan dia duduk di rumah sewa kerana banyak buruk dari baiknya tinggal di rumah sewa.
ReplyDeleteSetelah berfikir panjang, saya bercadang untuk memberhentikan dia dari kolej ini. Saya akan menghantarkan surat rasmi berhenti sekolah dalam masa terdekat ini. Ini kerana diapun tidak dapat kemudahan asrama lagi. Sekian terima kasih.