SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Program
pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1984 di atas tapak seluas 33
ekar yang asalnya adalah ladang getah. Kos pembiayaan pembinaannya dianggarkan
RM19 juta adalah di bawah Projek Asia Development Bank 1 (ADB 1). Sekolah ini
terletak 1 km dari pekan Slim River menuju ke Ulu Slim. Pada awal penubuhannya
sekolah sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Slim River.
Sekolah ini mula mengambil pelajar 10 mac 1986 dengan menawarkan 7 kursus
vokasional. Kumpulan pelajar yang pertama ini adalah juga merupakan kumpulan
yang terakhir mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SPMV). Pada tahun 1987
peperiksaan dan sijil telah kepada Sijil Pelajaran Vokasional SPMV. Sekolah ini
telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan
Azlan Muhibbidin Shah pada 12 Julai 1988 bersamaan 21 Zulkaedah 1408. Pada
tahun 1995 sekolah telah mendapatkan peruntukan di bawah pembiayaan ADB 4 untuk
pembinaan bangunan tambahan dan bangunan baru ii telah mula digunakan pada
tahun 2000. Mulai tahun 1996 sekolah ini
telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Slim River di bawah
program penstrukturan semula sekolah menengah vokasional. Pada tahun 2009,
rombakan secara besar-besaran berlaku dalam sistem pendidikan teknik dan
vokasional dan penjenamaan semula sekolah ini kepada Sekolah Menengah
Vokasional Slim River. Seterusnya, dalam Transformasi Pendidikan Vokasional
yang dilancarkan pada tahun 2012, sekolah ini akan dijenamakan semula kepada
Kolej Vokasional Slim River mulai tahun 2013. Kolej Vokasional Slim River
menawarkan Sembilan kursus KV termasuk dua kursus baharu iaitu Kesetiausahaan
dan Pengurusan Perniagaan serta menawarkan kursus aliran kemahiran.
|
VISI
KOLEJ
Kolej Vokasional Slim River mencapai Anugerah Kolej
Cemerlang menjelang tahun 2016.
MISI
KOLEJ
Kami warga KVSR berazam akan memberikan pendidikan
yang berkualiti melalui:
1. Asuhan
melahirkan insan yang berakhlak mulia.
2. Pengajaran
dan pembelajaran yang terbaik di dalam persekitaran yang kondusif.
3. Penglibatan
yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
4. Pengurusan
dan pentadbiran yang efisien berbantukan kerjasama erat komuniti.
FALSAFAH
KOLEJ
Melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehan dan
potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani
serta membuka peluang untuk mengembangkan nilai-nilai tersebut.
MATLAMAT
KOLEJ
Melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas,
berkemahiran tinggi, berdisiplin dan berwawasan.
NILAI
TERAS KOLEJ
Berusaha
maju
Berdisiplin
Berfikiran
cerdas
Inovatif
Berwatak
kemas
FOKUS
KOLEJ
Melahirkan pelajar yang bakal menjadi teknokrat dan
tenaga kerja industri negara.
OBJEKTIF
KOLEJ
1. Meningkatkan
prestasi dan pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
2. Meningkatkan
imej kolej dengan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berwatak.
3. Melahirkan
sumber manusia yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan bagi memenuhi
keperluan negara.
PIAGAM
PELANGGAN KOLEJ
Dengan tenaga, usaha yang inovatif dan kreatif serta
beriltizam kami berikrar;
Memberikan
pendidikan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar melalui kurikulum yang
terancang supaya menjadi
individu
yang seimbang dan harmonis selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Melahirkan
sumber manusia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berteknologi,
berinovatif, berdisiplin dan
berakhlak.
Memberikan
perkhidmatan yang berkualiti berasaskan piawaian yang ditetapkan dari semasa ke
semasa dengan
bersih,
cekap dan amanah.
Bekerjasama
dengan agensi-agensi luar dan menerima apa-apa cadangan dengan rasa kemesraan.
No comments:
Post a Comment