Semarakan Kemerdekaan

Semarakan Kemerdekaan
Semarakan Bulan Kemerdekaan Kibarkan Jalur Gemilang

Wednesday 25 September 2013

International Exposition of Research and Innovation in Education 2013 (Edu-InERI2013)

International Exposition of Research and Innovation in Education 2013 (Edu-InERI2013) telah diadakan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City, Tanjung Malim, Perak, pada 20-22 September 2013. Ia merupakan ekspo dan pameran yang mengetengahkan produk-produk berkaitan pendidikan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dan pelajar IPTA/IPTS, institut kemahiran, institusi pendidikan lain seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Politeknik, Kolej Vokasional, sekolah-sekolah rendah dan menengah, dari dalam dan luar negara, dengan 256 penyertaan termasuk Brunei, Indonesia dan Republik Kazakhstan.
MTE, ITEX, PECIPTA merupakan ekspo yang bertaraf antarabangsa, dianjurkan oleh pihak swasta dan KPT. Manakala i-INNOVA merupakan ekspo yang turut diadakan setiap tahun tetapi dianjurkan oleh IPTA (USIM) dan ianya bertaraf kebangsaan. MTE, ITEX, PECIPTA mengetengahkan produk-produk penyelidikan dan inovasi dalam semua kategori, manakala i-INNOVA lebih menfokuskan kepada produk inovasi berteraskan Islam. Oleh yang demikian Edu-NERI 2013 diperkenalkan bagi memberi ruang khusus agar penyelidikan, inovasi dan produk berkaitan pendidikan dan dipamerkan dan dikomersilkan.
Edu-InERI 2013 UPSI merupakan satu-satunya ekspo seumpamanya yang dianjurkan di Malaysia setiap dua tahun sekali oleh UPSI. UPSI merupakan institusi pendidikan ulung, mewarisi kegemilangan sejarah SITC seharusnya mengambil peluang dan berada dihadapan di dalam hal-hal berkaitan pendidikan khususnya penganjuran ekspo dan pameran produk dan penyelidikan berkaitan pendidikan.
Terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan dalam Edu-InERI 2013 iaitu berasaskan pendidikan (educational) dan bukan pendidikan (non-educational).
Wakil Kolej Vokasional Slim River, En. Iskandar Zulkarnain Bin Taharin, telah mendapat pingat perak dalam ekspo tersebut dengan tajuk kajian “PZ (Pressure Zeroes) Enhancer : Engine Crankcase Ventilation Solution Product”. Beliau bukan sahaja mewakili UTHM sebagai peserta pelajar IPTA/IPTS, namun beliau bersama rakan-rakan sekuliah Program Pensiswazahan Guru (Automotif), yang juga terdiri daripada tenaga pengajar di Kolej Vokasional yang lain, telah memberi perspektif baru dalam memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional. Untuk makluman, beliau dan rakan-rakannya akan mewakili Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menghadapi cabaran di ekspo inovasi anjuran Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Tun Hussien Onn, Johor pada November 2013 nanti.
                                                                      Silver Medal

Penyelidik

  Sesi Penerangan Dan Penghakiman

Produk PZ ENHANCER

Bersama Rakan Guru Dan Pensyarah




Monday 2 September 2013

Kenyataan SebutHarga Tender


SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN PROJEK CONVERSION SMT KE SMV DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013

Sila Klik Pada Dokumen Tender Atau terus ke link pautan untuk jadual dan speksifikasi http://kvosri.blogspot.com/p/borang-sebut-harga.html

                                                       

 Atau Muat Turun Disini Sebut Harga

Atau Hubungi 05-4528 408 Untuk Dokumen Dan Borang Sebut Harga Tender

Sunday 1 September 2013

UNIT HEM




Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Pengurusan dan pentadbiran Unit HEM dipertingkatkan dengan mewujudkan satu lagi unit iaitu Unit Pengambilan Murid selain daripada Unit Disiplin, Unit Pengurusan, Unit Data & Maklumat Murid, Unit Asrama dan Unit Kaunseling.  Mulai tahun 2012, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional telah menyerahkan segala urusan pemgambilan murid adalah di bawah tanggungjawab sekolah sepenuhnya. Sehubungan itu Unit Pengambilan Murid  telah dipertanggungjawbkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada unit ini kerana berjaya membuat pengambilan murid melebihi sasaran enromen dengan pencapaian sebanyak 117%.

Setinggi terima kasih kepada Guru-guru Disiplin dan Lembaga Pengawas Sekolah kerana membantu Unit Disiplin dalam merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah pelajar termasuklah menganjurkan program berbentuk perayaan seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lainnya.  Terima kasih juga kepada semua guru-guru di bawah Unit Pengurusan seperti Unit SPBT, Kantin, Biasiswa, Insurans dan Kebajikan kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna demi kebaikan murid-murid semua.

Terima kasih kepada pihak pengurusan asrama kerana sentiasa berusaha membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan asrama dengan persekitaran yang baik kepada murid-murid. Jutaan terima kasih kepada semua warden asrama kerana bekerja keras dalam menjaga dan mengawal murid-murid di asrama. Usaha-usaha gigih ini ternyata berbaloi apabila asrama SMVSR telah dianugerahkan Asrama Gemilang 4 Bintang oleh BPTV tahun lepas dalam Program Pertandingan  Asrama Gemilang anjurannya.  Tahniah dan syabas diucapkan. Tahun ini program ini akan diteruskan  lagi.  Semoga kejayaan ini diteruskan untuk tahun ini dan tahun mendatang.  Unit Asrama juga telah merancang dan mengaturkan pelbagai program seperti gotong royong berjadual, pemeriksaan dorm setiap minggu, pertandingan kebesihan dorm, Program Pengurusan Diri di Asrama dan lainnya. Unit Asrama juga menganjurkan Majlis Makan Beradap setiap bulan, aktiviti-aktiviti kerohanian di surau setiap minggu dan aktivti-aktiviti berbentuk sukan.  Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu untuk membentuk murid supaya menjadi modal insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

Jutaan  terima kasih kepada Unit Kaunseling kerana peranannya dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab membimbing dan menyuntik semangat untuk belajar dan menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna di asrama. Unit ini juga mengaturkan pelbagai program berbentuk motivasi dan bimbingan kerjaya.  Bukan sekadar itu sahaja, unit ini memainkan peranan yang cukup besar dalam pengambilan pelajar setiap tahun. Ia bermula dengan program ’outreach’, pendaftaran murid baru dan seterusnya merancang dan mengendalikan Minggu Haluan Murid bersama-sama guru-guru lain.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SM Vokasional Slim River kerana sentiasa memberi idea dan cadangan-cadangan serta menyokong semua program-program yang dilaksanakan demi untuk kebaikan dan kebajikan para pelajar dan sekolah.



Sekian. Terima kasih.